▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Awak!!
Selamat Hari Jadi
Semalam kita berkawan
kemudian kita jadi kawan rapat
dan kemudian hubungan kita lebih daripada sekadar kawan rapat
Awak,
bohonglah kalau selama kita kenal
kita hanya bersama semasa senang sahaja
dan bohonglah kalau selama kita kenal
saya pernah tinggalkan awak semasa awak dalam kesusahan
Awak,
bukan orang pertama yang mengajar saya erti kasih sayang
bukan orang pertama yang mengajar saya erti kesabaran
bukan orang petama yang mengajar saya erti keikhlasan
bukan orang pertama yang mengajar saya erti kemaafan
tapi saya tahu,
Awak,
orang yang tahu menghargai kasih sayang
bukan terhadap saya, tetapi terhadap keluarga dan kawan
orang yang tahu menghadapi kesabaran
bila masalah datang silih berganti
orang yang tahu makna keikhlasan
bila awak terima segala pemberian saya tanpa alasan
orang yang tahu bagaimana untuk memaafkan seseorang
bila awak selalu memaafkan setiap kesalahan yang saya lakukan berulang kali
Awak,
sekarang kita bukan lagi macam dulu
sekarang kita cuma kawan
kawan
Awak,
hampir setahun dah berlalu
semuanya dah berubah
tapi..
Saya tetap mendoakan
yang terbaik untuk awak
walau apa pun yang terjadi
Saya ucapkan terima kasih atas relationship yang pernah kita lalui.
Terima kasih sebab pernah berkongsi jiwa raga bersama.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup dan pengalaman hidup saya.
Moga awak berjaya dalam kehidupan.
Sekali lagi, terima kasih.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Selamat Hari Jadi
Awak!
11 November 2011
![Rob just called Kris a fruitcake LMAO!
“Yeah, she (Kristen Stewart) loved that [wedding] scene. It’s a very girly scene.”](http://28.media.tumblr.com/tumblr_lkom16NVrz1qb13rmo1_250.png)





